Dirimu :*.
Wednesday, 31 October 2012 • 06:31 • 0 comments
Assalamualaikum , hari ini nak cerita tentang orang yang paling penting dan bermakna untuk aku .Orang yang paling bermakna tu maksud nya orang yang paling aku sayang yang teramat sangat . Pertama, sudah semestinya arwah atuk aku . Atuk seorang yang penyayang dan tersangatlah ambil berat pasal aku . Kadang - kadang aku jealous bila-2 kawan-2 aku balik kampung mesti ada atuk mereka . jealous mucch :*. Minggu ni dah berapa kali aku menangisi rindu yang terpendam . hmpph . kalaulah atuk ada lagi , aku nak peluk dia kuat-2 ketat-2 . Rindunyaa :*(. Tahun 2002 dia pergi meninggalkan aku . Orang kata , tak baik menangisi orang yang telah pergi meninggalkan kita . Tapi masalahnya , rindu yang teramat sangat .Dulu aku kecik-2 , umur 5 tahun camtu kott , mak ayah aku hantar aku dengan adik aku kat kampung suruh atuk jagakan , konon sebok kerja -,-" . So, atuk ngan nenek je lah jaga aku dekat kampung tu . Lama lah jugak 6 bulan atuk ngan nenek jaga . Sampailah hari raya Aidilfitri tu , mak ayah aku balik kampung nak ambil balik aku balik Seremban . Aku gan adik aku melalak , menangis-nangis tak nak balik KL . Memberontak tak nak balik rumah dekat KL . Atuk jugak yang pujuk bapak aku suruh 'biar jelah budak-2 ni duduk sini seminggu lagi , cukup seminggu nanti kamu hantarlah dia balik' . Ayah pon akur lahhh :) Dalam masa seminggu tu sempatlah aku mengisi masa bermain dengan atuk . Setiap petang selepas Asar je , mesti tunggu kat tepi tangga sebelah bilik atuk aku . Tunggu atuk keluar bilik , jalan-2 naik motor petang pergi kedai runcit kat pekan . Beli pistol mainan lahh , gula-gula lahh , macam -2 lahh. Tetapi langit tak selalu nya cerah . Lepastu aku dapat tahu yang duri kelapa sawit tercucuk dekat dalam lengan atuk . Aku cakap dekat atuk , atuk kenapa tak pergi klinik . Atuk cakap , alaaahh sikit je ni . Lama-2 aku tengok dekat bahagian lengan atuk bengkak . Aku tanya atuk 'Atuk kenapa dengan tangan atuk , macam bengkak je' , atuk cakap "Alaaahhh , tak lama lagi baik lah ni ' . Lepastu , esok paginya aku tengok atuk masih lagi ada dalam bilik tak bangun-2 . Tanya nenek ' Opah , atuk tak pergi tengok lembu atuk ke' , Opah jawab 'Tah , atuk kata kejap lagi lahhh' . Pastu , aku terus masuk bilik atuk , cuba gerak atuk . Tapi atuk tak bangun-2 ." Pergi dekat opah balik " Opah , kenapa atuk ? Orang gerak dia tak bangun-2 pon' . Opah pelik . Opah pergi bilik , rasa tangan atuk . Pastu Opah cakap Innalillah . Opah nangis . Tanya Opah 'kenapa opah nangis??" . Aku blur , garu kepala. Opah cuma cakap atuk dah tak ada . Aku cakap "Lahh , kan atuk kat atas katil ni" . Begitu lah ceritanya .. Sejujurnya , aku lebih menyayangi atuk aku daripada mak ayah aku sendiri . Pelik , kan ? Tapi dialah yang paling aku sayang . Dulu selalu cabut pacat dekat badan-2 atuk lepas atuk balik dari ladang kelapa sawit . Kini cuma tinggal kenangan . Alfatihah untuk arwah :) Happy 2nd Monthsary , Sayang :D
Friday, 12 October 2012 • 19:53 • 0 comments
Assalamualaikum .Pejam-2 celik dah bulan 0ctober dah . Dan dah 2 bulan saya dengan Amyrul Afendy Amran .♡ Hmm.. Alhamdulillah . Entah kenapa aku taknak lepaskan dia sampai bila-2 . Aku betul-2 serious dengan hubungan yang aku jalinkan dengan dia sekarang . *muka confident* Seriously, aku teringin nak jumpa mak ayah dia . Bukan nak masuk minang ke hapa or saje-2 nak menggedik-2. Tapi aku nak mak ayah dia kenal aku . Dan aku kenal mak ayah dia . Semalam time lepak dengan dia . dia ada cakap dulu ex dia pernah call or cakap-2 dengan mak dia . Tapi mak dia tu tak suka sebab talkative sangat . Tu yang membuatkan aku takut tuh . Apa2 pon satu hari nanti nak jugak jumpa mak ayah dia :D InsyaAllah >,< APA YANG AKU HARAPKAN : 1.Aku harap dia menjadi yang terbaik buat aku . 2.Aku harap dia jadi suami aku dunia akhirat . (InsyaAllah) 3.Aku harap dia tak muak or jemu melayan kerenah aku . 4.Aku harap dia akan kekalkan hubungan ni sampai bila-2 . 5.Aku harap dia tak cari mana2 perempuan lain selain aku , mak dia ataupun adik dia . 6.Aku harap sangat nak jumpa mak ayah dia dan dia jumpa mak ayah aku . Aku nak kenal macam mana keluarga dia nanti . *seriously takut sebenarnya* 7.Dan yang paling penting aku nak dia selalu dan jaga aku macam mana dia jaga mak dia dan nyawa dia sendiri . Pagi tadi aku call dia , cakap : Assalamualaikum .Selamat Pagi , sayang . Sayang dah 2 bulan dengan kita . Hidayati minta maaf kalau hidayati terlanjur perkataan dengan Abio . Maafkan hidayati eah ? Dia: Waalaikumussalm sayang . Selamat Pagi juga , Ya sayang . Abio pon sama , maafkan semua kesalahan Abio ea . :D Aku memang gilakan jam ni . Tengah kumpul duit dengan dia . Nak beli jam CANTIK ni >,< SAYA BERJANJI : 1. Saya akan menjadi yang terbaik dan seperfect mungkin untuk awak . 2. Saya akan menjadi teman hidup awak sehingga akhir hayat saya . 3. Tiada lelaki lain yang boleh jaga saya selain ayah dan awak . 4. Takkan cari lelaki lain DAH ! *serious* 5. Takkan buat awak muak or jemu bila dengan saya . 6. Be the perfect as I can . *betul tak grammar aku ni* -.-" Okaylah . Malas nak habaq panjang-2 . Cuma nak mengharapkan yang terbaik . Okay lah , bye . Masalah aku dengan si Umar Khalis masih lagi belum settle lagi . Nanti dah settle maoo update tentang dia pulak -__-.Assalamualaikum . Salam sayang :* Meh Pakat-2 Buat Tahi -.-"
Thursday, 11 October 2012 • 18:20 • 0 comments Assalamualaikum .Sesi meghoyan kembali . Update dekat blog je lah dapat meredakan perasaan dan hati aku yang kian membara sejak hari tu lagi -.-" Dah baca kat atas .. Nampak tak Umar Khalis tu terasa . Tapi yang aku ni pergi masuk jugak tu pun aku tak tahu kenapa ?? Erghh . Alaaah , tapi takkan lah itupun kau nak hangin satu badan . Aku cuma 'bergurau' . Aku cuma tweet 'Gaduh laah cepaat' . Lahaiiii ~ Takkan tu pun nak angin -___-" . Mungkin kau geram dengan daripada dulu lagi .. kan ? Weeh , kau tak fikir aku punya geram . Yang aku dah berapa kali aku cakap jangan contact aku lagi selepas kita PUTUS . Okay ceritanya begini . Al-kisahnya dulu , aku dengan dia COUPLE . Tapi tu DULU . Kitorang couple tahun lepas . Bulan 10 kitorang couple .Aku terima dia pon sebab aku kesian dengan dia . Sebab seminggu sebelum itu , ayah dia baru meninggal . Aku pon terima dia sebab itujelah . Sebab KASIHAN yang tak BERTEMPAT. Tapi first week tu aku layan dia sambil lewa je . Second week tu aku taktahu kenapa aku tersayang pulak dekat dia . Tapi awan tak selalunya cerah . Cukup 2 minggu kau minta putus hanya kerana aku nak pindah sekolah . ohhgooosh . Weh , aku baru nak sayang kau . Then aku cakap dekat dia , dah JANGAN CONTACT AKU LAGI . Tapi kau degil jugak nak jugak contact . Since bulan Januari lagi , kau mengharap yang aku kembali dekat kau . Stop lah wehhh . Aku dah berapa kali cakap jangan nak kacau hidup aku lagi . Tu yang sampai aku report dekat Abio . Suruh cakap jangan call or text aku lagi . Padan muka kau . Pastuh , kau nak lepas geram dekat twitter . kau tweet ni ..
WE ARE NEVER EVER GETTING BACK TOGETHER !
Kbai , Assalamaualaikum ,. Happy 1st Monthsary ,Sayang♥
Thursday, 13 September 2012 • 05:44 • 0 comments Hello , Assalamualaikum semua .Allah Alhamdulillah , hari ini dapat jugak aku bernyawa lagi di atas muka bumi ini . Segala puji baginya . Syukur~ Hello , ada sesapa rindu aku tak ?? *krikkk* *bunyi cengkerik* Hari ini aku nak buat post khas untuk Amyrul Afendy bin Amran . Sebab hari ini first anniversary kitorang berdua. Tak ada ape2 yang special pon sebenarnya hari ini . Tak mengharap pon sebab aku percaya yang dia sayang aku mcam mana aku sayang dia . Dia lelaki yang lain daripada yang lain . ♥ Cuma apa yang aku betul-betul harapkan sekarang ialah dia akan menyayangi dan mencintai aku sampai bila-2. Takkan pernah jemu bila dia dekat dengan aku . Takkan pernah bosan . Kekalkan hubungan ni ct sampai selama mana yang mampu . Tapi aku lebih suka kalau till Jannah . Amin . Aku bukan nak menggatal-gatal or gedik-gedik nak kahwin sekarang . Tapi aku cuma nak hubungan kita kekal sampai bila-2 . Sebab aku betul-2 tak larat menghadapi BREAK . Time first Syawal haritu , kau ada janji dengan aku yang kau takkan lepaskan aku walau apapun terjadi . Aku pegang janji kau , Amyrul . And for sure jugaklah aku takkan lepaskan kau , sayang :'3. You prove it , sayang that you love me , thankyou so much .Biasalah semua pasangan yang menjalinkan hubungan nak mengekalkan hubungan . Begitu jugak dengan aku . Siapa tak nak ? Hope you will the first and last for me.♥ Kadang-2 aku terfikir jugak , boleh ke aku kekalkan hubungan ini dengan kau . Aku betul-2 risau kalau satu hari nanti kau dah muak or bosan dengan aku . Aku betul-2 takut bila dah jadi macam ni . Kalau jadi macam tu , aku tak tahu nak buat apa . Apa-2 pon , aku berdoa pada Allah , yang aku dengan kau akan kekal sampai bila-2. Aku takut kalau-2 jadi yang macam sebelum ni , aku pernah tinggalkan seorang lelaki dan sanggup pergi dengan lelaki lain tanpa memikirkan hati dan perasaan kau . Aku taknak jadi perempuan CURANG cenggitu lagi dah . Taubat .
Him: Ya , sayang . Abio janji , abio takkan tinggalkan sayang . Abio takkan tinggalkan perempuan comel dan gedik macam sayang ni , susah nak dapat . Dah , sayang jangan takut sangat yang Abio nak tinggalkan sayang . Abio JANJI !
♥♥♥♥♥
Terima kasih sebab sabar melayan kerenah saya walaupun saya selalu marah-marah awak
Percayalah, cemburu itu tandanya sayang. Saya tak kan marah awak tanpa sebab.Awak dah janji kan yang awak akan sayang saya sampai bila-bila? Saya pegang janji awak. Awak tunggu saya tau! Jemput saya bila tiba masanya :')
Fed Up Lahhh Aku Dengan Kau -____-
Thursday, 6 September 2012 • 23:38 • 0 comments
Halllooo-2 , Assalamualaikum .Hari ni baru lah ada masa sikit nak meng-update blog . Baru lahh ada benda yang nak diceritakan . Hari ini aku nak merooyan kejap dekat blog aku ni . Sebab aku geram dengan budak sorang ni , eh silap , 2 orang . Sorang lelaki , sorang perempuan -__-" . *kira boleh couple lah 2 org ni*, iaitu kawan aku sendiri . Yang lelaki uh Niel Narzryn . Sorry lah Niel , Aku malas nak censoredkan nama kau Niel -__-" . Budak dua orang ni kira sekepala lahh , kononnya -.-. Alkisahnya, aku dengan kawan aku Dzurhainim FAIL dalam sebjek Mathematics . So , semalam budak perempuan sorang ni (N.E.E) mengajak aku , study group sesama . Tak pasal-2 aku kena tengking dengan kau semalam . Sakai betul . Lantak lah kalau kau baca blog aku , nak terasa biaq pi lah hang terasa ke tak , Kau tak fikir selama ni , aku dah sabar weh ngan kau . So, biarlah sekejap aku nak update blog aku pasal korang dua orang ni . >.< . Okay*meroyan sekejap* . Okay , sambung balik cerita ! Sebenarnya , dia ajak aku dengan Dzurhainim semalam study group dekat McDonald . Apa jadahnya study kat McDonald . Nak belajar ke nak makan . Dah lah tak selesa dengan berserabutnya kat sana . Bising lagi . Ergh~ Pastuh , aku ngan Dzurhainim cakaplah kitorang malas lahh , kalau nak pergi McDonald lepas sekolah . Sebab kwn aku ni ajak lepas sekolah . Haihh , malas betol lahh . Pastu dia tetibe cakap , 'korang ni nak study ke tak nak ? Korang pandai sangat ke Mathematics? Korang kat rumah bukannya belajar pon ? Asyikk online je ' . OhmyyyyyBABI .Sumpah weh , kata-2 kau menyakitkan hati aku doh semalam . Aku dah lama doh sabar dengan perangai kau . Tunggu masa je aku nak lepas kan semua kat kau. Maybe , one day . Fine , aku tahu lah kau 'pandai' Mathematics , tapi tak yah lah sampai nak cakap macam tuh . Perlu ke setiap kali aku belajar dekat rumah sampai kena bagi tahu kau , hah ?? . Yang kau ajak aku studygroup tu kenapa , dah tahu aku tak ngam dengan si Niel tu . Kau takkan tak faham aku . Haiishhh ~ berapa kali sedah ku bilang , kawan . Hadooiyaii ~ And lagi satu , kau (NEE) memang tak boleh ke tengok aku bahagia .kau ada kata semlam dengan Niel ' Yang si Hidayati , tak habes-2 dengan Abio dia ' Biarlah aku nak tweet pasal Boyfriend aku ke apa ke ? Kau sebok , apahal ? Aku tak kacau pon hidup kau . Kalau kau menyampah degan tweet aku , tak payah lah jadi stalker . Semua tweet kau yang dulu-2 tu semua pasal aku , kan ? Ergghh ~ Fedup aku dengan kau lah , sakai . -.- Tadi dengar cerita Dzurhainim pon aku marah dengan kau tahu tak, Niel . Mulut tu kenalah pandai jaga. Jangan lah celupar sangat . Satu hari nanti kena kat batang hidung sendiri , time tu kau nak insaf tak guna ? Dzurhainim ade kacau hidup kau ke Niel ?? Dah sekarang , ni aku dah masak dengan perangai dua orang anak bongsu , . Tolonglah kawan , be MATURED boleh tak ? Takpayah lah setakat markah cukup2 makan , jangan batak lah wehhh . Jangan cakap dengan aku macam kau tu dapat markah 90 % . . Sorry lah eden , bukan nak cakap ape . Maaflah aku marah-2 kau , tapi nak buat macam mana , dah kau dua orang cari pasal dengan aku . Okay dah habes dah sesi meroyann aku hari ni . Kbai , Assalamualaikum .Salam sayang :* Hello September 2012 ♥
Friday, 31 August 2012 • 23:38 • 0 comments
Hello , Assalamualaikum , kepada semua yang baca blog saya . Tak sangka pageview bulan lepas cecah 1000 lebih .*bangga nie* muehehe :'3 Thanks guys . Tak ada lah aku meroyan kat blog ni sensorang :') . Okay .
Aku nak cerita pasal raya 2012 :)Raya dah nak habes dah baru nak update . Ohh kesah pulak aku . lantak lahh . :) . Raya kalai ni masih lagi beraya di kampung *Terengganu*.Raya ketiga aku dah balik Shah Alam balik :) Raya tahun ni .............. langsung tak best sebab errrrr, aku pon tak tahu sebab apa . Aku rasa macam 'nothing' .Rasa macam 'oh hari ni dah 1st Syawal' -___-" . Tapi satu je yang best sebab HariRaya tu jatuh pada 19/08 *birthday aku* . Hehe:) . Tu jelah yang best tentang raya aku . Duit raya pulak aku dapat sikit giler . RM 90 lebih jer . Ya Allah -.-". Kawan-2 aku semua 300 lebih lahh 500 lebih lahh . * *lantak lahh tak kesah pon* . Emm , malam raya pukul 12 tghmalam tepat . My sayang call . Thanks for the wishes , sayang . Sampai sekarang tunggu hadiah . Kata nak bagi . Tak bagi-2 pon -..- . Takpelahh . Hadiahkan hati sayang pon dah cukup . *kejiwangan terserlah*.Pastuh time dekat kampung , pukul 1:00 pagi satu rumah kat kampung tuh jerit kat telinga aku kuat-2 , tengah tidur time tuh .Diorang wish birth day kuat2 . Haha , sho shweeett :* mehh. Dah lah baru nak terlelap time tuh .
Raya kelima aku balik kampung Perak pulak . Balik kampung Perak best walaupun tak ramai sedara yang sekepala ngan aku . tapi best sebab ziarah kubur atuk kesayangan . rindu atuk sangat-2 .Dulu kalau time ade atuk dekat kampung satu keluarga mesti balik kampung Perak . Sekarang , atuk dah takde jarang balik sana :'(
Dulu time aku kecik , mak ayah aku tak jaga aku . Aku duduk ngan atuk , opah . Aku dengan adik aku Amirul Sharif (ke-2) dibesarkan oleh atok dengan opah aku .Haiiyohh , rindu lahaii ~ okay tamat dah cerita , kita yang hidup kena teruskan hidup . *AlFatihah untuk arwah*.
Tengok gambar atas tuh . Cantik kan . Bukan orang tuh . B.ground kat belakang uhh , cantik kan ? :) .
Okay nak cerita pulak pasal result exam aku . UB(2) . Result memang erggh~ . Fedup aku . Okaylah malas nak cerita . Setakat tu jelah . Yang penting result aku teruk . Nombor satu ujian bulanan 2 confirm2 member baik aku Izzah Farhatun Zol . Confirm nye lahh -____- " Setakat ni dah tiga aku Fail Ujian Bulanan 2 . -___- "
Kbai , Assalamualaikum . Salam sayang :*
Ramadhan Pergi , Syawal Menanti :) (I'm Taken❤)
Wednesday, 15 August 2012 • 08:18 • 0 comments
Hollo , Asslamualaikum semua yang membaca .Hari ini dah 27 Ramadhan kalau ikut kalendar Hijrah lah . Dan pada 15 Ogos saya sudah berpunya . Saya telah di ambil oleh Amyrul Afendy bin (bin ape aku tak tahu lah) atau dikenali sebagai Abio.Nak cerita sikit bagaiman dia propose saya. Semalam 14Ogos (birthday Teratai) , malam tu aku chat dengan dia .Aku memulakan bicara . Cewahh -.-" Aku : Asslamualaikum , abio online dekat mana ? Abio: Online kat rumah lah . Aku : Ohh , ingatkan online kat CC. Abio : HAHA:D Ape barang on kat CC. Aku : Haha . Cantik cover photo abio . Abio: Hehe,memang lah cantik . tengoklah duduk senelah sape .?? Aku : Ohh perli . Hehe , orang nye yang sebelah aku tuh (yang pakai baju hitam ), Hensem tak ?? Sape kata dia hensem dia buta . Haha . Sorry sayang . >.< . Walaupun tak hensem tapi sayang comel . Okay lanjutkan cerita . Aku tanya dia . Lepas dia break dengan budak form 3 tuh dia couple dengan sape lepastu? . Lepas tu dia kata 'Abio tak couple dengan sesape , hidayati nak tak couple dengan Abio ?? ' . Aku terkejut plus gembira yang tak terkira . Punya meloncat aku dalam bilik tak henti-henti . Annoying , right ??Haha , takpe tak ada sape nampak pon --'.Hidayati reply , 'eh, betol ke'?.Bio kata 'Alahai , takkan nak tipu pulak,ni kan bulan puasa, serious ni. nak tak ?'.Aku rasa macam gelabah then aku balas 'besok malam hidayati bg jawapan samada nak atau taknak '. Then , bio mintak nombor telefon. Aku tak kisah sangat . Aku dah terima dah pon sejak dia propose semalam . Muehehe :'3 .
Nak cerita yang hari ini pulak , tadi time exam Perdagangan . Lalu dekat koridor kelas dia sebab nak pergi tandas . Mengintai jugak dia . Heh , hampa tengok dia ngah tidur . Hmmph . Balik pergi tandas , malas nak mengintai kelas dia sebab tahu yang dia tengah tidor .Suddenly ,dengar da jerit nama aku . Hesh , budak ni orang ngah exam lahh . Slow sikit lah sayang . :'3. Dia cakap : Nak ke tak nak ?? . Aku berfikir . Karang kalau cakap taknak rasa macam terlepas lah pulak . Try dulu lah . Then aku angguk je lah . Hari ini aku bahagia . Crush aku jadi hakmilik aku sekarang . Haha , crush aku sebenarnya selama ni adalah anda Amyrul Afendy . Saya dah lama terjatuh hati dgn anda . Hehe . Hope that you will be MINE forever . Really hope that . This is the last time aku couple . Hope that we can till Jannah . InsyaAllah . STOP , Nak kasi tahu yang 19 / 8 / 2012 . Hari Raya Aidilfitri . Selamat Hari Raya semua warga 4SS5 . Maaf kalau aku buat kengkawan buat sakit hati especially Dzurhainim , Izzah , Nuurish , Shirul , Farez , Amir Farhan , Niel Nazryn , Fiezlan , Syamer and my lovely sayang Amyrul Affendy . And jangan lupe korang wish kat aku sebab 19/8 tu birthday aku . Kbai . Assalamualaikum , Selamat Hari Raya . |
Hello;
![]() Shout !
Memory
Big Clap!
![]() |