Little Thing..
About Entry Affiliates Twitter Facebook Blogskin
Dirimu :*.
Wednesday 31 October 2012 • 06:31 • 0 comments
Assalamualaikum , hari ini nak cerita tentang orang yang paling penting dan bermakna untuk aku .
Orang yang paling bermakna tu maksud nya orang yang paling aku sayang yang teramat sangat . Pertama,
sudah semestinya arwah atuk aku .

Atuk seorang yang penyayang dan tersangatlah ambil berat pasal aku . Kadang - kadang aku jealous bila-2
kawan-2 aku balik kampung mesti ada atuk mereka . jealous mucch :*. Minggu ni dah berapa kali aku menangisi rindu yang terpendam . hmpph . kalaulah atuk ada lagi , aku nak peluk dia kuat-2 ketat-2 . Rindunyaa :*(. Tahun 2002 dia pergi meninggalkan aku . Orang kata , tak baik menangisi orang yang telah pergi meninggalkan kita . Tapi masalahnya , rindu yang teramat sangat .Dulu aku kecik-2 , umur 5 tahun camtu kott , mak ayah aku hantar aku dengan adik aku kat kampung suruh atuk jagakan , konon sebok kerja -,-" . So, atuk ngan nenek je lah jaga aku dekat kampung tu . Lama lah jugak 6 bulan atuk ngan nenek jaga . Sampailah hari raya Aidilfitri tu , mak ayah aku balik kampung nak ambil balik aku balik Seremban . Aku gan adik aku melalak , menangis-nangis tak nak balik KL . Memberontak tak nak balik rumah dekat KL . Atuk jugak yang pujuk bapak aku suruh 'biar jelah budak-2 ni duduk sini seminggu lagi , cukup seminggu nanti kamu hantarlah dia balik' . Ayah pon akur lahhh :)

Dalam masa seminggu tu sempatlah aku mengisi masa bermain dengan atuk . Setiap petang selepas Asar je , mesti tunggu kat tepi tangga sebelah bilik atuk aku . Tunggu atuk keluar bilik , jalan-2 naik motor petang
pergi kedai runcit kat pekan . Beli pistol mainan lahh , gula-gula lahh , macam -2 lahh. Tetapi langit tak selalu nya cerah . Lepastu aku dapat tahu yang duri kelapa sawit tercucuk dekat dalam lengan atuk . Aku cakap dekat atuk , atuk kenapa tak pergi klinik . Atuk cakap , alaaahh sikit je ni . Lama-2 aku tengok dekat bahagian lengan atuk bengkak . Aku tanya atuk 'Atuk kenapa dengan tangan atuk , macam bengkak je' , atuk cakap "Alaaahhh , tak lama lagi baik lah ni ' . Lepastu , esok paginya aku tengok atuk masih lagi ada dalam bilik tak bangun-2 . Tanya nenek ' Opah , atuk tak pergi tengok lembu atuk ke' , Opah jawab 'Tah , atuk kata kejap lagi lahhh' . Pastu , aku terus masuk bilik atuk , cuba gerak atuk . Tapi atuk tak bangun-2 ."
Pergi dekat opah balik " Opah , kenapa atuk ? Orang gerak dia tak bangun-2 pon' . Opah pelik . Opah pergi bilik , rasa tangan atuk . Pastu Opah cakap Innalillah . Opah nangis . Tanya Opah 'kenapa opah nangis??" . Aku blur , garu kepala. Opah cuma cakap atuk dah tak ada . Aku cakap "Lahh , kan atuk kat atas katil ni" .

Begitu lah ceritanya ..
Sejujurnya , aku lebih menyayangi atuk aku daripada mak ayah aku sendiri . Pelik , kan ? Tapi dialah yang paling aku sayang . Dulu selalu cabut pacat dekat badan-2 atuk lepas atuk balik dari ladang kelapa sawit . Kini cuma tinggal kenangan .
Alfatihah untuk arwah :)


PASTFUTURE
Hello;
Hi *wave hand* Hidayati Ahmad. I'm 17 y/o and study at SMK Kota Kemuning. I hate anti-kpop and love my Son of Amran's;
Shout !
Bawalah Cintaku by Afghan
Memory
Sejarah mungkin berulang~~ Hidup ibarat roda beb -.-
  • Happy 2nd Monthsary , Sayang :D
  • Meh Pakat-2 Buat Tahi -.-"
  • Happy 1st Monthsary ,Sayang♥
  • Fed Up Lahhh Aku Dengan Kau -____-
  • Hello September 2012 ♥
  • Ramadhan Pergi , Syawal Menanti :) (I'm Taken❤)
  • Exam Mid Year ;)
  • I'm Really Hope That We ...
  • Histeria ;O *ScaryGiler*
  • BookFair 2012?Pujaan Malaya?

  • Big Clap!
    Template :Masterly_elmo
    Tutorial : Afiqah Wana Atiqah
    Pictures : We Heart It
    Best View : Google Chrome